08 December, 2010

Miss Froggy & Mamak!

Posted by Ayu Amir at 8.12.10

Miss Froggy & mamak tidak dapat dipisahkan!hish!..Miss Froggy memang tak suka sangat makan kat mamak....Sebab? Korang fikir la sendiri!...Tapi di sebabkan cuti sekolah, kantin hanya menyediakan makanan untuk pengawas peperiksaan sahaja . Jadi, terpaksa ikut kawan-kawan keluar makan di kedai mamak!.huhuhuhu.

Nanti kebulur pula bila tak dapat makan. Miss Froggy hanya makan maggie goreng basah dan nasi kandar je. Kalau teringin baru order air limau ais. Teringat kenangan makan di restoren Zubaidah, UUM. Air limau ais memang power!. Takde tandingan dari mana-mana tempat. Rahsianya, air limau dicampur dengan asam boi. SedaP!!.

Hurm, kedai mamak sebelah sekolah nie boleh tahan la makanannya. Tapi, masakan abah paling sedaP di dunia!..hehehe. Takde kedai yang boleh lawan masakan abah. Percayalah!. Sebab, Miss Froggy dah makan masakan dari air tangan abah sejak kecil lagi. Mamak pun mamak la, asalkan perut kenyang!! ;)

0 comments:

 

MISS FROGGY Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez