27 January, 2008

Aku?...

Posted by Ayu Amir at 27.1.08

Nama sebenarku ialah Siti Rahayu bt Mohamed Amir.Di kalangan teman-temanku aku dikenali sebagai Ayu.Anak ke-4 daripada 6 orang adik-beradik perempuan.Hobi pada waktu lapang ialah mendengar muzik,menonton wayang,membaca novel dan manga dan melakukan aktiviti luar seperti jungle tracking,flying fox dan snorkling..
Impian terbesar ialah hendak membuat bugee jumping di puncak Gunung Kinabalu dan helikopter.
Aku pernah bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sg.Binjai, Sekolah Menengah Kebangsaan (p) Kapar dan Sekolah Menengah Tinggi Klang.Sekarang masih lagi menuntut di salah sebuah IPTA di utara tanah air iaitu Universiti Utara Malaysia dalam jurusan Komunikasi (B.Comm) dan berada di tahun akhir pengajian..
Peristiwa paling sedih yang aku alami sepanjang hidup ini ialah kehilangan insan tersayang,IBUKU.Aku kehilangannya semasa aku menduduki peperiksaan SPM.Pemergiannya membuatkan aku berusaha bersungguh-sungguh sehingga dapat diterima masuk ke universiti.Walaupun IBUKU telah tiada namun segala nasihatnya akan terus menjadi pegangan untuk aku terus hidup dan menempuhi hari-hari yang mendatang...

0 comments:

 

MISS FROGGY Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez