27 January, 2008

Temanku..

Posted by Ayu Amir at 27.1.08

Gambar nie diambil selepas upacara konvokesyen tetapi bukan aku yang mengambil ijazah.Kami cuma menumpang mengambil gambar kelas.Ini adalah di antara teman-temanku yang tersayang.Teman yang paling aku rapat adalah Zin(yg plg kecil,no.1 dr kanan).
Persahabatan kami bermula pada pertengahan semester 1.Selama ini dia adalah orang yang paling banyak membantu aku.Selain membantu dari segi menyiapkan tugasan,Zin juga adalah teman yang mendengar luahan rasa dan masalah yang aku alami.Aku beruntung kerana dapat mengenalinya.Walaupun orangnya kecil tetapi semangatnya besar.Bak kata pepatah'kecil-kecil cili api'.bagiku, Zin adalah orang yang ikhlas dalam menjalinkan ikatan persahabatan.Dia tidak memandang pada rupa dan status seseorang yang mahu berkawan dengannya.Itulah hebatnya orang yang bernama Wan Zinnirah bt Badlishah Sham!! Aku berharap ikatan persahabatan kami akn terus kekal sehingga akhir hayat...

0 comments:

 

MISS FROGGY Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez