24 November, 2010

Miss Froggy dan Sekolah!

Posted by Ayu Amir at 24.11.10
Miss Froggy dan sekolah tidak dapat DIPISAHKAN!!...hahaha....hurm, cuti sekolah ni pun kena pergi sekolah. Sunyi dan sepi je sekolah memandangkan guru-guru yang tidak mempunyai komitmen bercuti dan pelajar-pelajar selain pelajar SPM pun bercuti. Apa kerja yang Miss Froggy buat dalam bilik guru?....hurm....Apa lagi, selain menyiapkan report orientasi, kitaorang mengadakan sesi TAZKIRAH bersama-sama....Ada juga yang layan game dan melayan perasaan di bilik guru!...hahahaha...
Semalam je ada tugasan iaitu menyiapkan buku panduan pengurusan. Ala, takde masalah nak siapkan. Sekejap je duk menghadap laptop siapkan buku tersebut. Kena buat dalam Excel pula tu. Dah la Miss Froggy nie lemah sikit bab-bab Excel. Power Point dan Word boleh lagi la!
Asyik menyiapkan kerja sambil BERMUKA BUKU tiba-tiba hujan lebat pula. Adoi!!...Dah la nak naik LRT je. Bawak pula laptop...uwaaaaaaaaaaaaa!!!...Payung takde pun. Memang tak beli payung. Miss Froggy kan SEMPOI!!...haha. Masa nak balik kalut mencari payung. Nasib baik la kat pejabat ada payung. Apa lagi meminjam la!...Nak selamatkan laptop kesayangan punya pasal.
Dalam perjalanan pulang bersama Kak Ina, ada pula la upacara memanggil hantu oleh pawang Cina...Dengan ayam yang disembelih...Peh!...Busukkkkkkkkkkkkkkknya!!!...hehehe... Miss Froggy cepat-cepat berjalan bimbang ada perkara yang berlaku...Nasib baik tiada apa-apa. Kiranya datang bekerja pada cuti sekolah memang MEMBORINGKAN!!!...............huhuhu

0 comments:

 

MISS FROGGY Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez