24 November, 2010

Cerianya Hari Nie!

Posted by Ayu Amir at 24.11.10
Hurm...Hari nie awal pula Miss Froggy datang ke sekolah. Maklumlah, dah 3 hari Miss Froggy naik LRT dan tak merempit. Bukan apa, berat badan dah naik. Kalau naik LRT, boleh la berjalan sikit ke sekolah. Dari stesen Chan Soh Lin dengan sekolah adalah dalam 5 minit. Kalau nak meredah traffic light lama juga lah terconggok tepi jalan. Hahaha...Sampaikan kena hon dengan pemandu kereta dan bas!..ponnnnnnnnnn...ponnnnnnnnnnnnn...ponnnnnnnnnnnnnnnnnn...


Sampai sekolah, cuma ada calon-calon SPM sedang membaca doa sebelum masuk ke dewan. Memandangkan Miss Froggy datang awal, Miss Froggy pusing satu sekolah mencari makcik pekerja am. Bukan apa, bilik guru masih belum dibuka dan Miss Froggy tak reti nak membukanya...huhuhu. Semasa Miss Froggy tawaf sekolah, terserempak pula dengan Puan Pengetua. Adoi!!.........dah la Miss Froggy pakai selipar je sebab berjalan kaki...hehehe. Aku dongak kepala dan memberikan senyuman paling menawan kepada puan pengetua.

Akhirnya, Miss Froggy melepak di kantin berborak dengan kerani yang sedang menikmati sarapan. Tapi paling menyeronokkan, buka je laptop, kawan Miss Froggy beritahu kami diberikan cuti oleh puan pengetua. TERIMA KASIH puan kerana memahami kami!...hehee...suka..suka..suka. Boleh la Miss Froggy berjalan ke rumah rakan-rakan yang menlangsungkan perkahwinan pada bulan Disember nanti.

Oh ya!...semasa kami bercuti, tempat kami akan diambil alih oleh guru-guru baru seramai 7 orang yang mula posting semalam. Buat kerja baik-baik ya!...hahaha...Memandangkan semalam mereka sibuk menguruskan hal gaji dan diberikan cuti untuk menguruskan hal rumah, Miss Froggy masih belum dapat mengenali mereka. Rupa-rupanya semalam mereka mencari kami, tapi tak terjumpa!...Lawak betul sebab semalam kami bertapa dalam bilik guru sehingga petang dan terlupa hendak lunch gara-gara menyiapkan tugasan Penolong Kanan. Tak mengapalah, banyak masa lagi nak mengenali mereka dengan lebih rapat.

0 comments:

 

MISS FROGGY Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez