25 November, 2010

Bila takde keja nak dibuat...

Posted by Ayu Amir at 25.11.10
Pagi yang indah dengan cuaca yang sangat baik. Seperti biasa perlu ke sekolah kerana orientasi. masih belum tamat lagi. Uwaaaaaaaaaaa!!!...bila la nak abis orientasi nie??....Tapi kena semangat la sebab guru-guru lama pun masih ada yang datang sekolah menyiapkan kerja mereka.

Masuk je bilik guru terus on laptop. Sambil bermuka buku, Miss Froggy mengedit blog. Hurm, lama juga la tak update blog nie. Bila ada masa je baru mampu nak berkongsi sedikit kisah. Sebenarnya, banyak juga kisah yang Miss Froggy tidak entri dalam blog. Sebab utama, tak ada masa!!!...wawawawa.

Boring giler ari nie!..Nak menyiapkan report, report dah siap print pun. Cemerlang tak Miss Froggy?...hahaha. Masuk bakul angkat sendiri la!..Miss Froggy kena cari kerja, kalau tak mau Miss Froggy tido dalam bilik guru nie!..Apa kata Miss Froggy melalak dalam bilik guru??...Bagus gak kan idea tu. Kan sedap kalau dapat nyanyi lagu-lagu Datuk Sharifah Aini, walaupun Miss Froggy tak dianugerahkan dengan suara yang sedap dan merdu tapi sedap lagi la suara Miss Froggy dari suara KODOK!!!...........~Kuda ku lari gagah berlari…lalalalalalalala~



Tengah dok sedap menyanyi dalam bilik guru, hujan pun turun dengan lebatnya. Aik??...suara Miss Froggy macam KODOK ke? Hahahaha!!..Tak la, sekarang kan hujung tahun, musim tengkujuh pun tiba la. Hujung minggu nie kena beli payung juga. Kalau tak basah kuyup boleh demam Miss Froggy. Tak pasal-pasal cikgu 2 minggu sebab Miss Froggy jarang sakit dan bila sakit lambat nak sembuh... ;(

0 comments:

 

MISS FROGGY Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez