25 November, 2010

Rumah baru, suasana baru...

Posted by Ayu Amir at 25.11.10
Alhamdulilah, berkat kesabaran Miss Froggy dapat juga bilik sewa DBKL di Flat Sri Kota. Mula-mula Miss Froggy ingatkan Miss Froggy tak akan dapat disebabkan gaji Miss Froggy. Tapi mungkin sudah rezeki Miss Froggy untuk duduk di bilik beliawanis DBKL. Pada mulanya Miss Froggy mohon berdua dengan rakan sekerja. Tetapi disebabkan dia sudah melihat keadaan rumah ditambah dengan ketinggian 14 tingkat, dia membatalkan hasrat untuk duduk di rumah nie.

Namun Miss Froggy terus menguruskan segala dokumen yang diperlukan untuk duduk di bilik sewa DBKL nie. Sebab utama adalah berdekatan dengan kemudahan LRT. Hanya bersebelahan sahaja dengan flat nie. Selain itu, kawasan kejiranan nie kebanyakan orang Melayu. Jadi, keselamatan itu terjamin sedikit. Yang paling penting, disebabkan Miss Froggy masih tidak memperolehi gaji pertama sejak memulakan kerjaya. Redha je la.

Banyak juga kisah semasa hendak menguruskan hal kemasukan  bilik sewa nie. Antaranya Miss Froggy perlu menghantar dan membayar di bangunan DBKL Kampung Baru. Disebabkan Miss Froggy sahaja yang hendak menyewa, dengan keadaan tidak tahu jalan dan hanya menunggang motor Miss Froggy meredah Kuala Lumpur. Berhenti di traffic lightMiss Froggy tanpa segan silu bertanyakan arah jalan kepada penunggang motor yang lain. Walaupun tersesat, tetapi alhamdulilah aku telah berjaya menyelesaikannya dan boleh memasuki bilik tersebut bermula bulan November. Rakan serumah pula hanya seorang. Buat masa nie Miss Froggy tidak mempunyai masalah dengannya. Kiranya semua perabot, dapur, peti sejuk adalah miliknya. Jadi, sebagai orang baru perlu sedar diri la kan!..Kalau nak memasak atau menyimpan barang dalam peti sejuk, Miss Froggy perlu meminta kebenaran daripadanya dulu. Miss Froggy pun tak tau akan menyewa sampai bila di sini tapi memang selesa di bandingkan dengan rumah dulu. Lebih tenang dan lebih menggembirakan!

*pemandangan dari koridor bilik sewa ketika hujan*
[tinggikan bilik yang Miss Froggy sewa nie? Kalau lif rosak,mau patah kaki menaiki tangga!]


0 comments:

 

MISS FROGGY Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez