25 November, 2010

Kejap turun, kejap naik!

Posted by Ayu Amir at 25.11.10
Hish!!..berat badan Miss Froggy dah naik. Hurm, nak buat macam mana. Dah jenis badan senang naik kalau melantak nasi dan senang turun kalau tak melantak nasi.Berat badan Miss Froggy susut ketika raya disebabkan Miss Froggy kerja part time di kilang ubat. Mengangkat produk-produk kesihatan seberat 25 kg dan paling minima 5 kg. Sebab tu badan aku susut ditambah pula ketika itu bulan puasa. 

Yang tak bestnya, raya Aidiladha badan Miss Froggy naik pula!..Miss Froggy memang perasan kalau berat badan naik sebab pipi akan akan kelihatan sangat tembam!.........Dah macam kuih donut pula...Tidakkkkkkkkkk!!

Di sebabkan itu, mulai hari nie Miss Froggy berazam tidak menyentuh nasi dan hanya makan makanan ringan seperti biskut, roti, meggie goreng sahaja dan banyak makan buah-buahan. Selain itu juga, Miss Froggy turut mengelakkan minum minuman berais supaya perut Miss Froggy tidak buncit. Malu la anak dara perut buncit. Tak pasal-pasal Miss Froggy yang tak laku sebab takde lelaki yang nak masuk meminang.. Kena mengena ke kawin dengan perut buncit??.Hish!...merepek. Kalau dah jodoh tak ke mana la.



Nak dijadikan cerita, menu Miss Froggy untuk hari ini adalah meggie goreng, pisang seulas dan air suam. Bagi Miss Froggy dah cukup mengenyangkan walaupun sebenarnya lapar tahap dewa!...Nak buat macam mana. Orang kata kalau nak cantik kena la bekorban sedikit. 


Miss Froggy harap pengorbanan aku berbaloi dan Miss Froggy mendapat tubuh yang diidamkan.

2 comments:

cik pinggu on November 26, 2010 at 5:46 PM said...

huhu.nmpak cm kurus skit je dri aritue.^^..diet2 mira pon odw diet nie.hehehe

Ayu Amir on November 29, 2010 at 9:06 PM said...

hahahaha.......nak kurus lagi mira!.

skg, jarang2 abik nasi...

 

MISS FROGGY Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez