27 November, 2010

Shopping!

Posted by Ayu Amir at 27.11.10
 *pintu masuk ruang pameran*

Habis je menonton Rapunzel A Tangled Tale, Miss Froggy singgah ke Mid Valley Exbition Centre. Nak tau apa yang menarik hati Miss Froggy untuk masuk?. Rupa-rupanya ada pameran barangan bayi. Banyak juga booth yang dibuka. Ada juga pertandingan bayi tercomel. Selain itu, ada juga pertandingan gadis-gadis cantik. Ada kena-mengena ke?. Kalau pertandingan ibu mengandung paling menawan sesuai la juga dengan pameran yang di adakan!. Hahaha.

 *antara booth yang menjual barangan baby*

Alang-alang dah masuk, Miss Froggy jelajah setiap booth. Memang rambang mata!!. Miss Froggy yang belum ada anak pun rambang mata, apatah lagi bakal-bakal ibu dan ayah kan?. Hahahaha. Banyak potongan harga diberi kepada pengunjung. Semasa mula masuk, Miss Froggy terjumpa dengan jerung. Jerung??.. bukan jerung betul la!. Tapi mascot jerung dari Aquaria KLCC. Apa lagi, Miss Froggy mengambil kesempatan untuk bergambar bersama mascot jerung dan membeli sekeping tiket masuk ke Aquaria KLCC memandangkan mereka memberi potongan harga yang agak murah!. Tengok ikan sorang-sorang la aku nanti. Huhuhu. Nak buat macam mana. Kawan-kawan sibuk dengan boyfriend masing-masing. Miss Froggy yang masih solo nie terpaksa membawa diri. Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

 *posing dengan maskot. Thanks pada jurugambar. ;)*

Puas Miss Froggy membelek dan meninjau barangan yang dijual, Miss Froggy tertarik untuk membeli bantal berbentuk Hippo untuk diri sendiri. Dah lama Miss Froggy tak membeli hadiah untuk diri sendiri. Kiranya hadiah sempena konvokesyen yang telah berlalu. Dah takde siapa yang nak beri, Miss Froggy beli la untuk diri sendiri!. Nampak sangat la Miss Froggy nie tak popular sebab boyfriend pun takde. Takpe la. Jodoh belum sampai lagi. Memang mahal juga la bantal tu. Harga dalam RM 89.00. Tetapi memandangkan ada yang ingin membeli 2 patung, Miss Froggy join sekali. Dapat la harga RM 67.50. Jimat la sikit.


 *Mr Hippoku!!*

Oh ya!. Haniza dah bersalin. Alang-alang Miss Froggy belikan hadiah untuk babynya. Erm…….nak beli apa ya!. Ahaa! Miss Froggy berhajat membelikanya botol susu berkongsi dengan Apis. Cantik juga corak botol tu. Didatangkan khas dari Jepun. Mana ada kat gedung-gedung terkemuka. Hahahaha. Kalau Miss Froggy ada anak, semua jenis barangan dari jenama Love Care, Tokyo Miss Froggydah borong!. Nasib baik la takde anak lagi. Hahaha.

 *hadiah utk baby Haniza*

Ok. Puas dah berjalan sorang-sorang ari nie. Memang sangat gembira dan berpuas hati!!

*cantik kan beg Mr. Hippo nie??*

0 comments:

 

MISS FROGGY Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez